Menu untuk Besok...ye..ye...Esok raya....

Salam..sempena hari raya aidil adha ni CikMin cuma siapkan menu yg simple jer,antaranyer Laksa Utara,Ketupat Daun Palas dgn Rendang ayam,Kek span coklat,cornflakes madu dan Puding koktail.

Resepi Cornflakes Madu

Bahan-bahan:

1 kotak besar cornflakes
150ml butter*
5sudu besar madu*
1cwn gula*

Cara-cara:

Cairkan bahan2 yg bertanda* kemudian masukkan cornflakes gaul hingga rata.
Bubuhkan sesudu ke dalam papercup kecil,bakar dlm oven pada suhu 170celcius selama 10 minit atau hingga keperangan.

Resepi Puding koktail

Bahan-bahan:

Serbuk agar2 12gram*
Perasa stroberi*
Gula ikut suka-CikMin x suka manis sgt*
Air 1500ml*
Campurkan semua bahan bertanda* masak atas api hingga mendidih,tuang dlm mangkuk2 kecil biarkan ia beku.

Untuk Kastardnye:

1 tin susu cair*
2 tin air(guna tin susu cair td)*
Gula ikut suka*
Garam secubit*
1 tin besar buah campuran(airnya diasingkan)
3sudu besar tepung kastard

Cara-cara:

Campurkan bahan bertanda kedalam periuk,sedikit jus buah campuran dan masak hingga mendidih
Kemudian masukkan tepung kastard yg telah dibancuh dgn sedikit air..kacau sehingga pekat.
Bubuh buah campuran td kedalam bekas yg berisi agar2 kemudian tuangkan kastard yg telah sejuk td keatas buah campuran ..sejukkan didalam freezer,sedap dimakan ketika sejuk.

UPDATE: MENU2 YG LAIN X SEMPAT NAK SNAP..SBB TUKANG SNAP TU MAKAN X HENGAT DUNIA DAH..TERUS HIGH BLOOD..HUHUHUHU!!

1 Org dah komen - Add Yours

CT Delima said...

cikmin..masih sempat but kuih tuk raya haji yer..rajin betul hehehe